Donation banner

Donation banner

Saturday, 3 June 2017

Statement Supporting the Creative Video Competition Organized by Malaysian Ministry of Health by Persatuan Insaf Pahang


In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

This statement is a response to the recent slamming by Nisha Ayub towards the Creative Video Competition organized by Malaysian Ministry of Health.

Firstly, the advertisement poster of the video competition does not contain elements of discrimination towards the LGBT community. There is no mention regarding religious belief in the poster as well.

Secondly, there is no evidence to say that the Malaysian MOH staff discriminate the transgender community. In fact, a recent scientific study done by Gibson et al. in Malaysia has proved so. (Gibson et al., 2016)

Thirdly, even if the poster does mention involvement of religious elements, there should be nothing wrong about it.

To begin with, as reported by the national report titled National Strategic plan: Ending AIDS 2016-2030, transgender and MSM communities are the key populations in HIV transmission. (M.O.H., 2015) You cannot hide that fact under the carpet.

Religious belief itself has been found to lead to better health practices. (Benjamins, 2006) The more involvement people have in religious practices, the less involved they tend to be in HIV-related risky behaviours. (Dowshen et al., 2011; Elifson, Klein, & Sterk, 2003) Improving the ability of religious beliefs and behaviors can act as facilitators of risk reduction in HIV transmission and addiction problems, and is critical to the long-term health and well-being of transgenders. (Golub, Walker, Longmire-Avital, Bimbi, & Parsons, 2010)


Also, the LGBT community is also at high risk of having mental health issues such as depression, anxiety, and drug use. Religious involvement in can help too. Proper use of religious coping skills could help alleviate negative emotions and handle stressors more effectively, thereby promote healthier behaviors. (Elifson et al., 2003; Montgomery, Stewart, Bryant, & Ounpraseuth, 2014) So there’s nothing wrong with involving religion in the LGBT community.

Persatuan Insaf Pahang has been working closely with the local transgender community by providing them medical, psychological, and spiritual assistance. Our organization has always carried a strong sense of Islamic spirituality in doing our jobs. However, we do not force our religious beliefs and practices onto our transgender community; it is the transgender community itself that approaches us for helps on voluntary basis. Our advocacy work shows that many transgender ex-sex workers are living a much happier life, since they have been given a second chance to begin a new chapter of life.

We also involve university students in our work, so we could create chances for the younger generation to be educated about the transgender community as well as the problems they face. Our organization hopes Malaysian MOH would put more effort in educating the younger generations as well, so we could together create a better tomorrow for our country.

Persatuan Insaf Pahang would like to declare our strong support towards the creative video competition, as well as other efforts by the Malaysian MOH in helping the minority communities. The government, the non-governmental organizations, and the people must work together to make this world a healthy and safe place for our future generations.

Assoc. Prof. Dr. Samsul Draman
Advisor
Persatuan Insaf Pahang







Thursday, 3 March 2016

Tazkirah dari mobile app - 12

ANDAI AJAL DALAM TIDUR...




EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Tuesday, 23 February 2016

Tazkirah dari mobile app - 11



Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian, banyak manfaat.

Sombongkah Aku?
- Sombong adalah penyakit hati yg mana akan menjerumuskan pelakunya  ke neraka.
- Tidak akan masuk syurga barang siapa yg ada sifat sombong dalam hatinya, walaupun seberat zarah.
- Merendahkan orang lain itu sombong.
- Mentertawakan orang atas kelemahannya pun sombong.
- Menunjuk2 kelebihan itu sombong.
- Berlumba2 menunjukkan kekayaan pun sombong.
- Memperbodohkan org lain itu sombong.
- Sentiasa nak menang itu juga sombong.
- Mementingkan diri sendiri itu sombong.
- Berbangga dengan kecantikan itu juga sombong.
- Bersangka buruk itu sombong.
- Berbangga dengan kepandaian itu juga sombong.
- Merasa diri hebat itu sombong.
- Sentiasa merasa diri betul itu juga sombong.
- Tidak boleh ditegur itu sombong.
- Kacang lupakan kulit, lagilah sombong.

SOMBONG ITU ADALAH SATU SIKAP YG SANGAT TERCELA, DAN AKAN MEMUSNAHKAN SEMUA AMAL KEBAIKAN. SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMELIHARA KITA DARI MEMAKAI SIFAT2 TERCELA INI.

Wallahu'alam.

Thursday, 18 February 2016

Tazkirah dari mobile app - 10



Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda.

Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya,
"Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat.  Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada  saya, kerana saya akan setia kepada kamu."

Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya,

“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”

Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa  cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”

Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”

Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”
Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:
1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.
2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.
3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana  apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.

Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini   ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”

Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya  yang dia sangat cintai.
Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”

Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.
Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”

Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian  dia teringat nasihat yang pertama. Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.

Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar  jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.
Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.

Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”
Pemuda itu menjawab, “Tidak.”
Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”
Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.

Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya  dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan.

Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.

Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati,  “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sepelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa  selama ini saya tetap setia kepadanya.”
Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya.

Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi   kamu menghianati  aku. Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya menghianati kamu? Saya tidak pernah menghianati. Saya dengan sabat menanti  kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”
Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”

Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami.

Selepas doa kesyukuran, dia  mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.
Kawan-kawan, begitula umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.

 "RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa.

SELAMAT MENITI HARI TUA

Aku berdoa.. Ya اَللّهُ : 

Muliakanlah yang membaca pesan ini;
Lapangkanlah hatinya;
Bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan;
Mudahkan segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;
Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar;
Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan
Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu.

Wednesday, 17 February 2016

Tazkirah dari mobile app - 9





Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni:

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

Friday, 12 February 2016

Tazkirah dari mobile app - 8

HADIAH UNTUK SAHABATKU



Berkata Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu: Tidaklah seorang hamba diberi kenikmatan yang lebih besar setelah keislaman, selain sahabat yang soleh. Maka apabila kalian mendapati teman yang soleh, peganglah ia erat-erat"

══════════
Berkata Imam Syafi'i:
" Apabila kalian memiliki teman yang membantumu dalam ketaatan- maka genggam erat tangannya, kerana mendapatkan seorang sahabat itu adalah payah sedangkan berpisah darinya itu mudah"

══════════
 Berkata Al Hasan Al Bashri:
" Sahabat-sahabat kami lebih kami cintai daripada keluarga dan anak-anak kami, kerana keluarga kami mengingatkan kami pada dunia, sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami pada akhirat. Dan sebagian sifat mereka adalah : itsar (mendahulukan orang lain dalam perkara dunia)

Berkata Luqman Al hakim pada anaknya:
" Wahai anak ku hendaknya yang pertama engkau usahakan setelah keimanan kepada Allah adalah mencari sahabat yang jujur. Kerana ia ibarat pohon, bila engkau duduk berteduh di bawahnya, ia akan meneduhimu, bila engkau mengambil buahnya dia akan mengenyangkanmu, dan bila ia tidak memberimu manfaat, ia tidak merugikanmu"

Ketika Imam Ahmad rahimahullah sakit, sampai terbaring di tempat tidurnya, sahabat beliau, Imam Syafi'i rahimahullah menjenguknya. Maka tatkala Imam Syafii melihat sahabatnya sakit keras, beliau sangat sedih, sehingga menjadi sakit kerananya. Maka ketika Imam Ahmad mengetahui hal ini, beliau menguatkan diri untuk menjenguk Imam Syafi'i. Ketika beliau melihat Imam Syafi'i beliau berkata:

Kekasihku sakit, dan aku menjenguknya
Maka aku ikut menjadi sakit
kerananya
Kekasihku telah sembuh dan dia
menjengukku
Maka aku menjadi sembuh
setelah melihatnya

Ya Allah berikan kepada kami sahabat sahabat yang sholih

Allah berfirman :
: {وسيق الذين اتقوا ربهم إلى الجنة زمرا} .
Imam Ibnul Qayyim berkata menafsirkan ayat ini: "Allah enggan memasukkan manusia ke dalam surga dalam keadaan sendirian, maka setiap orang akan masuk surga bersama sama dengan sahabatnya"

Aku memohon kepada Allah, dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang mulia, agar kita menjadi sahabat sejati dalam ketaatan, yang kelak tangan-tangan ini akan menggandeng tangan yang lain memasuki surgaNya. Aamiin ya Rabbal 'aalamiin

Wahai para sahabat-sahabat ku yang soleh.. ingatlah diriku ketika kelak ALLAH memasukan dirimu ke syurga-NYA.. pimpinlah tanganku agar aku dapat beriring bersama denganmu menuju Syurga ALLAH.....

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Tazkirah dari mobile app - 7

Sabtu
4 JamadilAwal 1437H
13 Feb 16.

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



3 perkara Allah redha, 3 perkara Allah benci.

Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa Allah redha dalam 3 perkara dan tidak sukakan dalam tiga perkara.

3 perkara yang diredahi-Nya ialah:

1. Beribadat kepada-Nya tanpa menyekutukan dengan apa jua.
2. Berpegang teguh pada semua ajaran Allah.
3. Tidak berpecah belah.

3 perkara yang tidak disukai-Nya ialah:

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak perlu.
2. Banyak bertanya tentang perkara yang tidak sepatutnya.
3. Membazirkan harta.

Hadis riwayat Abu Hurairah direkodkan oleh Muslim.

Wednesday, 10 February 2016

Tazkirah dari mobile app - 6

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين



Ya Allah...
Syukur pada-Mu, kerana masih memberi peluang kepadaku untuk terus mengecapi nikmat-Mu dimuka bumi ini...

Ya Allah..  
Aku mohon kepada-Mu, 
Ampunkan dosaku, 
Ampunkanlah dosa ibu ayahku,
Ampunkanlah dosa isteriku,
Ampunkanlah dosa suamiku,
Ampunkanlah dosa anak2ku,
Ampunkanlah dosa adik beradikku,
Ampunkan dosa Sahabat2ku..

Ya Allah..
Jadikanlah hidup kami,Jadikan mati kami dalam keadaan sentiasa beriman kepada-Mu, dalam keadaan boleh mengucap kalimah
لا اله الا الله محمد رسول الله
diakhir hayat kami..

Ya Allah..
Permudahkanlah segala urusanku dan mereka pada hari ini..

Ya Allah..
Permudahkanlah rezekiku dan mereka pada hari ini..

Ya Allah..
Berikanlah kejayaan atas apa jua kemahuanku dan mereka pada hari ini..

Sesungguhnya ...
Engkau Maha Memperkenan..
Perkenankanlah Ya Allah..
Perkenankanlah Ya Allah.. Perkenankanlah Ya Allah..

Tuesday, 9 February 2016

Tazkirah dari mobile app - 5

[Perubahan Malam Dan Siang Mengandungi Tanda-Tanda Kekuasasaan Allah Bagi Kaum Yang Mahu Mendengar Dan Mengambil Pelajaran Daripadanya]







هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

Dia lah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya perubahan malam dan siang itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu mendengar (keterangan-keterangan yang tersebut dan mengambil pelajaran daripadanya).

(Yunus:67)

Malam utk berehat bukannya bekerja apatah lagi berada di tempat yg tidak sepatutnya.

Monday, 8 February 2016

Tazkirah dari mobile app - 4

ZUHUD-ZUHUDKU



Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

Sahabat2 ku:

Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SIHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta kekayaaan
Sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma selembar.

Mari terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn nasihatmu

Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

Sahabat2ku:

"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)