Mak nyah sembah
patung untuk cantik
Terbitan asal:
Mastika: Januari 2007
Secantik manalah bidadari yang hendak ditunjukkan kepada
penulis? Mungkin si dia secantik Aiswarya Rai. Pelakon Bollywood dan bekas ratu
cantik India itu? Atau secantik aktress Kareena Kapoor?
Petang itu, 8 November 2006, seorang lelaki berpewatakan
lembut tiba disebuah restoran menghadap Laut China Selatan. Dia hanya mahu
dikenali sebagai Sofian. Seperti dijanjikan Sofian membawa bersamanya gadis ayu
berbaju putih dan berambut melepasi bahu yang sudah beberapa kali diceritakan
dalam telefon.
"Inilah dia orang yang saya maksudkan! Cantik tak,
Encik Sahidan?" tanya lelaki lembut yang berkaca mata itu sambil tersnyum.
Wow! Cantik! Memang cantik. Hidungnya mancung, dagu
seperti lebah tergantung dan pipinya gebu.
"Itulah, saya dah cakap, dia ni memang cantik!"
beritahu lelaki lembut itu tersenyum puas.
Semasa minum lelaki lembut memperkenalkan nama gadis ayu
itu sebagai Diana. Sofian tidak berhenti henti bercerita tentang kejelitaan
Diana. Katanya, ramai sungguh lelaki yang tergila gilakan si Diana ini. Dari
VIP yang bergelar Datuk hingglah jurutera dan buruh kontrak. Semasa bercerita,
Sofian memberitahu malam nanti dia hendak menunjukkan sesuatu yang mengejutkan.
"Encik Sahidan tunggu di pantai tu. Saya akan bawa
Diana sekali lagi. Saya nak encik tengok sendiri kencantikannya bila disimbah
cahaya bulan. Bila bulan mengambang Encik Sahidan, badan dia jadi kekuning-kuningan
macam emas. Wajahnya berkilau-kilauan. Betul! Macam bidadari. Saya tak tipu!
Tunggu, ada surprise untuk encik!" Beritahu Sofian tersenyum lebar.
Pukul 9.00 malam, bersama jurugambar Utusan, Ghazali
Basri, kami tiba di kawasan itu. Sofian sudah menunggu bersama Diana yang hanya
berkemban memakai baju ala Hawaii dengan susuk tubuh yang menggiurkan.
Apakah yang hendak ditunjukkan Sofian pada kami?
Diana berdiri menghadap ke lautan. Kulitnya yang putih
seperti telur dikupas cukup menggegarkan iman sesiapa yang melihatnya. Malam
itu bulan sedang mengambang penuh. Sofian mengajak kami mengikuti langkah Diana
yang menapak berkaki ayam menuju ke gigi air. Perlahan lahan Diana menanggalkan
kain kemban yang membaluti tubuhnya. Susuk tubuhnya yang gebu kini terserlah
dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Jantung berdegup kencang. Tidak sanggup rasanya hendak
menatap ke arah sebatang tubuh tanpa seurat benang. Tapi... Mengapa Sofian beria
ia hendak menunjukkan aksi Diana berbogel kepada kami? Apa motifnya?
"Tengok Encik Sahidan, cantik tak? Betul tak seperti
saya cakap?" Bisik Sofian.
Betul seperti dinyatakan Sofian! Sesiapa memandang pasti terpukau!
Simbahan cahaya purnama menambahkan lagi keindahan tubuh Diana yang gebu itu.
Sofian tersenyum. Lelaki lembut itu memberitahu bukan setakat itu sahaja, tetapi
banyak lagi rahsia tentang Diana hendak didedahkan kepada Mastika.
Sambil membiarkan Diana terus berbogel, Sofian
menceritakan siapa sebenarnya Diana dan mengapa dia digilai ramai lelaki.
"Percaya tak kalau saya katakan Diana seorang mak nyah!
Tanya Sofian.
Mak nyah? Mustahil!! Wajahnya persis wanita tulen. Bahkan
Diana lebih cantik daripada sebahagian wanita yang pernah ditemui. Rambutnya
yang panjang, payudaranya yang menonjol, bibirnya yang lebar, tiada sebarang
petanda Diana seorang mak nyah.
"Betul! Ramai yag tak percaya dia mak nyah!"
beritahu Sofain sambil tersengih.
Sofian memberitahu, dalam usia 20an, Diana sudah beberapa
kali menjalani pembedahan plastik untuk menambahkan lagi kejelitaanmya.Hidungnya
yang kemek telah dimancungkan. Dagunya yang leper telah diruncungkan dan
punggung yang kempis telah dironggekkan. Untuk tujuan itu Diana menghabiskan
lebih RM7,000.
"Tapi mak nyah ni tak akan puas selagi tak cantik
macam bidadari," beritahu Sofian.
Biarpun sudah cantik, Diana ingin menakluki lebih ramai
lelaki kerana kejelitaannya masih kurang diperhatikan pelanggang yang datang ke
lorong tempat dia menjual tubuh. Sofian bersimpati dengan nasib mak nyah itu,
lantas empat tahun lalu dia membawa Diana ke sebuah negara jiran untik menemui
seorang sami bernama Tok Long. Ketika bulan sedang mengambang penuh beginilah
Diana berbogel di hadapan Tok Long untuk melakukan upacara sulit.
Apa yang berlaku dalam upacara itu?
Diana pengsan selepas patung tertanam di dahi.
Empat tahun lalu…
Puluhan pelita minyak tanah dipasang di sekeliling tubuh
Diana yang sedang terbaring lesu di atas sehelai hamparan kain berwarna kuning.
Tiada seurat benang pun di tubuh Diana. Dia terbaring dalam keadaan kepalanya
menghala ke arah sebuah tasik dan bulan yang sedang mengambang di dada langit. Waktu
itu pukul 2.00 pagi. Suasana sungguh sepi.
"NAANG KUAAT!" jerit sami bernama Tok Long itu.
Tubuh Diana tidak bergerak gerak. Matanya dipejamkan. Dia hanya menanti apa
saja yang bakal dilakukan sami itu.
"NAANG KUAAT!" jerit sami itu lagi dengan suara
yang amat nyaring. Perlahan lahan sami itu merapati sekujur tubuh Diana yang
sedang berbogel. Di tangan kanan sami itu ada sebiji patung sebesar dan
sepanjang jari telunjuk. Sami itu kemudiannya meletakkan patung emas tersebut
di dahi Diana. Suara sami yang garau menyeru nyeru lagi nama patung tersebut. Beberapa
kali dihembuskan nafasnya ke muka dan serata tubuh Diana.Setelah patung itu
dihenyak ke dahi Diana diiringi bacaan mentera. Tubuh Diana tersentak sentak.
Jasad Diana yang tadinya khayal seolah olah mendapat roh
baru yang menyelinap dalam segenap urat dan nadinya. Diana meraba raba dahinya,
dia merasa ada setongkol benda sudah lekat teguh dan kemas. Setelah itu tubuh
Diana tidak bergerak gerak lagi. Dia pengsan. Beberapa jam berlalu, Diana terus
terbaring tidak sedarkan diri. Menjelang pukul 5.00 pagi barulah mata Diana
terbuka perlahan lahan.
Sami itu membaca mentera dan mencedok setimba air dari
tasik kecil lalu menjirusnya ke tubuh Diana. Dia memberitahu, upacara menanam
patung kecantikan di dahi Diana sudah selesai. Bagaimanapun, beberapa pantang
larang perlu dipatuhi. Mulai hari itu Diana tidak boleh bersembahyang lima
waktu, dilarang mendengar azan, menjauhkan diri daripada orang membaca
al-Quran, bertahlil dan berzikir menyebut nama Allah. Diana juga diharamkan
mengucap dua kalimah syahadah dan pergi ke masjid.
Sami itu menerangkan, jika pantang larang itu dilanggar,
tubuh Diana akan kepanasan seolah olah terbakar.
Selama tempoh empat hari Diana dibawa tinggal di sebuah
kuil. Dia diajar menyembah patung termasuk patung ratu kecantikan yang ditanam di
dahinya. Diana turut dilarang melihat cermin serta bersetubuh dengan lelaki. Diana
dimandikan dengan air bunga setiap malam ketika bulan mengambang.Dan setiap
malam juga apabila hendak tidur, Diana terasa dirinya ditemani seseorang menyerupai
patung emas tersebut!
Selepas hambis tempoh empat hari itu, Diana dibenarkan
pulang. Sekarang dia boleh memohon apa saja daripada patung tersebut untuk kesenangan
hidupnya. Diana diyakini bahawa dengan bantuan ratu kecantikan di dahinya,
orang akan melihatnya seperti bidadari.
Untuk sekali upacara menanam patung emas itu, Diana
membayar RM3,700 kepada sami tersebut.
Betulkan secita ini, Sofian? "Betul encik. Dah ramai
mak nyah, pelacur kelas atasan dan GRO dah pasang patung ni di dahi. Saya
berani cakap, majoriti pakai patung ini! Kalau wajah mak nyah tu hodoh tapi
bila pakai patung tu, orang nampak cantik dan bersinar sinar," terang
Sofian bersungguh sungguh.
"Untuk mengenali pemakainya mudah saja. Ada tanda
merah di dahi tempat patung itu ditanam. Kesan itu tidak akan hilang sampai
bila bila," cerita Sofian. "Benarkah begitu? Cerita tentang Diana
belum habis...
Semalam RM1000 sebulan RM30,000!
Selepas empat hari menjalani upacara itu dinegara jiran,
Diana pulang semula kerumahnya di sebuah negeri di pantai timur. Malam pertama
semasa hendak keluar menjual tubuhnya, dia melakukan upacara seperti diajar
sami itu, Ia dilakukan disebuah bilik khas di rumahnya.
Dalam bilik tersebut Diana memasang colok, membaca
mentera, menyembah beberapa biji patung dan berniat agar malam pertama itu dia
mendapat RM1000 dari pelanggan. Semasa hendak keluar rumah Diana turut membawa
sebuah paptung kecil yang dijadikan loket rantainya. Diana membahaskan dirinya
sebagai 'mak' dan 'anak' semasa bercakap dengan patung tersebut.
"Malam ni mak nak pergi kerja. Anak mak kena tolong.
Apa mak minta, mesti jadi!" Diana berbisik pada patung itu.
Malam itu Diana keluar menjual tubuhnya bersama sama
rakannya di sebuah lorong. Belum lama dia berdiri di tepi lorong, sebuah kereta
berhenti dihadapannya. Enam lelaki turun, dan keenam enamnya bergilir gilir
melanggan Diana! Peliknya, semua lelaki tersebut mengatakan dia perempuan!
Diana paling laris malam itu. Malah ada seorang lelaki
yang tak pernah melanggan mak nyah tetapi apabila melihat Diana, terus mengadaklan
hubungan luar tabii dengannya.
Semua pelanggan memuji-muji kecantikan Diana. Dalam
tempoh empat jam menjual tubuh malam pertama itu, Diana memperolehi RM1,000
seperti yang diminta dari patung berkenaan. Selepas mencapai matlamatnya, Diana
terus pulang ke rumah. Dia tidak boleh tamak, kalau tidak kecantikannya akan
hailang. Malam kedua begitu juga. Dia mendapat duit sebanyak seperti dihajati.
Sejak memakainya empat tahun lalu, setiap bulan
pendapatannya mencecah RM30 ribu hingga RM40 ribu sebulan. Hasilnya, mak nyah
itu mampu membeli beberapa buah rumah teres dan kereta kereta import berharga
ratusan ribu ringgit setiap satu. Kesemuanya dibayar tunai.
Banyaklah keistimewaan yang diperolehi Diana selepas
memakai patung tersebut. Ada seorang pelanggannya bergelar Datuk memberi wang pendahuluan
muka kereta sebanyak RM15,000 sebagai hadiah. Seorang pemuda pula menghantar
setong ikan setiap hari kerumahnya kerana jatuh cinta dengan Diana. Kalau ada
masalah Diana telefon saja pelanggannya mengadu tiada wang, pasti permintaanya
itu ditunaikan.
Bukan setakat wang malah seorang jurutera dari keturunan
Sayid berhasrat mengahwini Diana kerana menyangka dia perempuan! Diana cuba
memberitahu keadaan sebenar dan menunjukkan kad pengenalannya bahawa dia
seorang lelaki. tetapi jurutera itu tidak percaya. Bagi mengelakkan rahsia
dirinya terbongkar, Diana memutuskan perhubungan dengan jurutera tersebut.
Tapi patung yang dipuja perlu terus disembah. Jika gagal,
Diana akan diganggu bunyi anjing menyalak dan dinding rumahnya dicakar cakar. Pantang
larang juga perlu dipatuhi, kalau tidak…!
Pernah Diana keluar lewat pukul 2.00 pagi menjual tubuh
di sebuah lorong. Pukol 5.00 pagi Diana terdengar orang mengaji dari sebuah masjid
berdekatan. Tiba tiba telinganya berdesing seperti bunyi siren menjerit-jerit.
Al-Quran pantang paling besar yang perlu dijauhi. Tubuhnya terasa terbakar.
Selepas habis mengaji, suara azan Subuh pula berkumandang. Sekali lagi tubuh
Diana seperti dijilat api. Sakitnya tidak dapat dibayangkan. Diana memekap
telinganya dan terus berlari kerumah. Mak nyah itu tahu dia tidak boleh
mendengar azan. Azan boleh melemahkan kesaktian patung yang dipakai dan
disembahnya.
Tamat cerita Diana, Sofian menceritakan pula kisah
menggerunkan yang dilaluinya lima tahun lalu. Apakah peristiwa menggerunkan yang
dimaksudkan Sofian?
Sofian mengaku suatu waktu dulu dia juga seorang mak
nyah. Malah dia pernah menjalani upacara menanam patung kecantikan seperti dilakukan
oleh Diana. Bagaimanapun, apabila berasa usianya semakin meningkat, Sofian mahu
membuangnya. Dia mahu bertaubat dan menjadi Muslim yang sebenarnya.
Sofian insaf, selagi masih memakai patung tersebut, dia
tidak boleh mendengar azan atau orang membaca al-Quran. Dia juga tidak boleh ke
masjid untuk beribadat. Kejadian yang dilalui Diana, tubuh menjadi panas
seperti terbakar apabila mendengar orang membaca al-Quran pernah dialaminya.
Malah Sofian lebih teruk. Kejadian itu terjadi semasa
orang mambaca tahlil dirumah sepupunya yang sedang melangsungkan perkahwinan. Kebetulan
Sofian berada dalam sebuah bilik bersama pengantin. Apabila mendengar orang
membaca kalimah Allah, badan Sofian tiba-tiba kepanasan. Tubuhnya seperti dikurung
dalam sebuah sangkar api menjulang. Panasnya tidak dapat diceritakan sehingga
terasa darahnya menggelegak.
Ketika itu tubuhnya berubah menjadi hitam ibarat
dipanggang dalam api yang menyala-nyala. Mukanya hangus. Selepas itu tiba tiba saja
kakinya menendang pintu. Sofian keluar merangkak, kemudian melompat ke dinding
dan siling lalu menerjah ke arah sebatang pokok kelapa dan jatuh. Selepas jatuh,
beberapa orang cuba memegangnya tetapi Sofian melenting semula, terbang melekap
di dinding serta siling seperti seekor cicak. Ketika itu rupanya hodoh seperti
hantu.
Air bacaan yasin yang dijirus bertukar seeperti percikan
api yang menjilat tubuhnya. Sofian mengelepar. Dia terlalu dahaga sehingga meminum
berbotol botol air. Hanya setelah habis bacaan tahlil barulah Sofian pulih seperti
sediakala.
"Sebab itulah saya tak sanggup lagi memakai paptung
tu. Saya tak sanggup lagi diazab apabila mendengar bacaan al-Quran dan
azan," beritahu lelaki lembut itu.
Sofin berjumpa semula sami yang memasukan patung
tersebut. Malangnya sami itu sendiri tidak berupaya mengeluarkan patung
tersebut, melainkan Sofian melakukannya sendiri, iaitu berendam selama tujuh hari
tujuh malam dalam selut paya bersama kerbau.
"Bayangkan ketika itu musim tengkujuh baru bermula.
Hujan lebat turun sedari siang hingga ke dinihari. Saya berlumpur dan menggigil
seorang diri," cerita lelaki lembut itu.
Upacara itu Sofian lakukan dalam paya di Gua Musang,
Kelantan, pada 2004, iaitu selepas sembilan tahun memakai patung berkenaan. Di situlah
Sofian tidur, berak dan kencing. Dia tidak boleh bergerak-gerak selagi tidak
sampai tempoh tujuh hari. Seluruh anggotanya disaluti lumpur bercampur najis
dan air kencing haiwan tersebut. Hanya matanya terkebil kebil. Lelaki lembut
itu membiarkan lalat, langau dan nyamuk hinggap di tubuhnya. Dia terpaksa
merelakan lintah menghisap darah di punggung dan pelipat ketiaknya. Sepanjang
tempoh itu Sofian tidak boleh makan dan minum. Pernah dia pengsan beberapa kali
akibat terlalu lapar.
Menjelang subuh terakhir dia berlumpur, Sofian tersedar,
tidak lama kemudian dia terdengar laungan azan berkumandang, suara muazin itu
amat jelas dari masjid berdekatan. Tubuh Sofian terasa menggelegak. Panasnaya seperti
di panggang api ketuhar. Ketika itulah dia termuntah, terkencing dan terberak
kerana terlalu azab!
Suara azan terus bergema dan Sofian menjerit jerit
seperti dirasuk syaitan. Sakitnya tidak terperi. Di dahinya seperti ada suatu benda
hendak terpacul. Kepala Sofian bergoyang goyang. Pandanganya berpinar, bumi
ligat berpusing seperti hendak runtuh.
UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!
UWEKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!
Sofian termuntah dan mengeluarkan segala isi perutnya
yang berwarna hijau pekat. Benda yang hedak tersembul di dahinya seperti sebiji
peluru yang baru ditembak menembusi daging. Sofian terkencing dan terberak, dia
melolong lolong kesakitan.
Tiba tiba ... PAPPP!!!
Sebiji benda jatuh di atas tapak tanganya. Benda itu
keras, hitam dan sudah berlumut. Serentak itu kesakitan yang ditanggungnya
sebentar tadi hilang serta merta. Sofian meraba raba dahinya. Patung yang
terasa terbonjol di dahinya sudah tiada. Sofian lega, sekarang dia sudah bebas
dari pantang larang yang paling azab di dunia.
"Azab encik, azab! Taubat saya tak sanggup buat
lagi. Kalau tahu begini akhirnya, saya tak sanggup buat," cerita Sofian.
Andai Diana hendak membuang patung tersebut, mak nyah itu
juga terpaksa menjalani upacara dan azab yang sama.
"Tak ada jalan lain lagi. Selagi tak buang, azab.
Kalau nak mati lagi teruk. Orang yang tak buang susah nak mati!" cerita
Sofian.
Sanggupkah Diana berlumpur dengan kerbau dalam paya tujuh
hari tujuh malam selepas ini?
Mak nyah itu hanya diam. "Sebelum saya buang patung
tu, saya nak jadi jutawan dulu!" beritahu Diana sambil tersenyum penuh
makna.
Sebelum mengakhir pertemuan petang itu Sofian mengajak
kami mengikutnya ke sebuah kuil. Apa pula yang hendak ditunjukkannya kepada
Mastika?
"Kami sembah patung di kuil!!"
Esoknya 9 November 2006, kami pergi ke sebuah kuil di
pinggir sebuah kampung.
"Tunggu sekejap, saya nak sembahyang!" ceritahu
Sofian. Sembahyang?
Sembahyang yang Sofian maksudkan bukan solat yang
dilakukan oleh orang Islam. Sofian sebaliknya membakar dua batang colok dan diletakkan
di hadapan patung patung yang berderet deret di depannya. Kemudian di
meletakkan bunga melur dan kekwa di kiri serta kanan patung berkenaan. Setelah
itu Sofian menyembah patung patung tersebut. Antara yang disembah itu ialah
patung raja segala hulubalang, pahlawan, bayi dan ratu segala kecantikan iaitu
patung yang pernah ditanam di dahinya dan Diana.
"Saya sembahyang tak lama. Seminit dua. Saya dah
minta apa yang saya nak. Selalunya hajat saya tercapai. Walaupun benda tu dah
tak ada di dahi saya lagi, tapi saya percaya lagi pada patung patung tersebut.
Saya ada pakai satu patung pada rantai leher untuk jadi pelaris," beritahu
Sofian lantas menunjukkan loket rantainya yang berbentuk patung seorang bayi.
Dia juga menunjukkan satu lagi patung yang dipakainnya,
iaitu patung puteri segala kecantikan sebagai azimat. Patung puteri inilah yang
menjadi kegilaan pelacur dan mak nyah yang ingin kelihatan cantik seperti
Diana. Itulah dua jenis patung yang disembah setiap kali datang ke kuil pada hari
Sellasa dan Jumaat, pukul 7.30 pagi setiap minggu.
"Jangan takut. Disini orang baik-baik. Sami disini
tak pernah paksa saya masuk agama mereka. Saya buat ini untuk diri saya sendiri,"
beritahu Sofian.
Sejak dua tahun lepas, kuil ini menggantikan masjid
sebagai rumah ibadat baru dan tempat sembahyang Sofian. Patung patung pahlawan
itu menggantikan al-Quran dan sejadah. Sofian sudah lama meniggalkan sembahyang
lima waktu. Kalau begitu, apakah Sofian dan Diana masih Islam?
"Kami masih Islam!"
Apabila melihat perbuatan Sofian dan Diana menyembah
patung patung tersebuit timbul persoalan tentang agama mereka.
"Kami masih Islam!" jawab Sofian. "Jangan
salah sangka. Saya tidak pernah keluar Islam, Cuma saya dah tersesat. Saya nak
cari jalan pulang. Saya ceritakan semua ini pada Mastika untuk beritahu
bagaimana susahnya hendak kembali ke jalan Allah selepas tersesat jauh!"
ucap Sofian.
Sofian lalu bercerita bagaimana azabnya selepas membuang
patung tersebut. Daripada kaya raya dia jatuh papa kedana gara gara tiada
pelanggan. Tapi Sofian lalui juga kesusahan itu kerana dia benar benar ingin bertaubat.
Sofian mahu mengucap semula, bersembahyang dan membaca al-Quran. Dia ingin
semula mendalami agama Islam dan menjadi seorang Muslim dalam erti kata
sebenar.
Lalu dia berjumpa beberapa orang alim meminta mereka membimbingnya.
Malangnya tiada siapa yang sangup membantu. Ada yang ditemuinya penceramah
terkenal , berapi api memberi sharahan dalam televisyen. Tetapi apabila
berjumpa, penceramah itu memandang sinis kepada Sofian. Sofian mengadu ke pusat
pertubuhan dakwah terkenal untuk mualaf dan sudara baru tetapi tidak mendapat
layanan. Alasannya tempat itu hanya untuk mualaf.
Sofian pergi pula ke masjid hendak berjumpa imam dan
pegawai masjid meminta bimbingan. Dia dihalau. Mereka mengungkit ungkit sejarah
silamnya menyundal di lorong lorong gelap.
"Masa menyundal tak ingat Tuhan. Orang macam ni
kalau tolong takkan jadi baik. Kalau dah biasa makan tahi, dapat hidu pun
cukup!" sindir orang di masjid tersebut. Itula sindiran tajam yang masih
berdarah di hatinya sampai sekarang.
"Bayangkan encik, masa tu saya lapar, nak minta
makanan di masjid tapi tak diberi. Saya hanya minum air paip! Sedih betul bila diejek
dan dihina," cerita Sofian dengan air mata bergenangan.
Setelah gagal meminta bantuan daripada orang Islam
sendiri, Sofian pergi ke beberapa buah rumah ibadat dan akhirnya serasi berada
di kuil tersebut.
"Orang Islam sendiri tak nak tunjuk jalan yang lurus
kepada orang macam saya. Tapi di kuil ni tanpa duit sesen pun saya diberi
makan, minum, rokok dan tempat tidur," beritahu Sofian.
Sofian bertanya tanya mengapa orang Islam menghina orang
sepertinya yang ingin kembali ke pangkal jalan? Ada juga yang mempertikaikan
niatnya hendak bertaubat.
"Jangan pandang hina kami. Orang di kuil itu tidak
pernah hina kami. Mereka tak pernah ajak kami masuk agama mereka. Kami tak
pernah disuruh makan babi.
"Tolonglah, kami dah terlajak, lupa diri dan asal
usul. Tolong tunjukkan jalan. Kami nak jadi normal semula," beritahu
Sofian.
Diana hanya mengangguk. Nasibnya lebih dasyat, dia perlu
berkubang dengan kerbau, tujuh hari tujuh malam jika ingin membuang patung yang
masih tertanam didahinya.
Sebelum berpisah, Sofian berbisik, akibat desakan nafsu,
dia masih juga menjual diri walaupun sudah membuang patung di dahi.
"Nafsu, encik. Sekali sekali saya pun keluar
menyundal. Orang masih pandang saya. Seri patung itu masih belum pudar,"
bisik Sofian.
Mastika faham. Nafsu. Memang iman selalu tewas kepada
nafsu.
Sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur . Pada malam
Jumaat 9 November 2006, ketika orang Islam sedang melakukan ibadat membaca al-Quran
di rumah dan di masjid, Mastika pergi ke lorong tenpat Sofian dan Diana mencari
pelanggan.
Kami nampak Diana sedang menunggu jantan. Pakaiannya
seksi sungguh.
Sofian? Kami tidak tahu dimana. Mungkin Sofian benar
benar sudah bertaubat, dan sekarang bersimpuh di atas sejadah. Mungkin juga dia
sedang berdoa agar apabila cerita ini tersebar, akan tampillah nanti orang yang
akan membawanya dan Diana, serta mak nyah mak nyah lain, keluar daripada
kesesatan ini.
kebanyakan mak nyah mengatakan bahawa mereka jadi begitu
kerana naluri mereka sendiri, akan tetapi hakikatnya Allah telah jadikan mereka
sebagai lelaki pada zahirnya.jadi mereka ni lebih suka ikut naluri dari ikut
fitrah yang Allah dah aturkan untuk mereka.masyarakat,ibu bapa dan rakan-rakan
mereka perlu membimbing mereka kejalan yang benar sebelum nyawa masih di
kandung badan mereka.ini juga salah satu usaha dakwah.
No comments:
Post a Comment