Donation banner
Friday, 5 February 2016
Tazkirah from mobile app - 1
Assalaamu 'alaikum..! Kosongkan hati..!
Tenangkan fikiran..! Baca perlahan-lahan dan dengan tenang..! Mudah-mudahan akan peroleh manfaat..!
F I K I R Y A N G
M E N G U N T U N G K A N
F I K I R A K H I R A T
S E M A S A H I D U P D I D U N I A
F I K I R
Y A N G M E R U G I K A N
T I A D A F I K I R A K H I R A T
S E M A S A H I D U P D I D U N I A
Bismillaa hirrohmaa nirrohim..!
Aku memikirkan seandainya hari ini hari terakhir aku hidup di dunia ini..! Ini bermakna hari ini aku akan merasa dan akan mengenal apa itu sakaratul maut..!
MENGELAKKAN PANJANG ANGAN-ANGAN DAN SIKIT AMALAN
Kesakitan yang tiada tolok banding..! Roh akan berpisah dari jasadku..! Aku akan tinggalkan segala-galanya..! Akan lenyaplah segala yang aku cita-citakan dan yang aku angan-angankan di dunia ini..!
Malah akan lenyap dengan sekelip mata segala yang aku miliki..! Orang yang aku sayangi..! Isteri, anak-anak, mak-ayah, saudara-mara, sahabat-handai serta rakan-rakan..!
BYE BYE KERETAKU..! BYE BYE RUMAH BESARKU..! BYE BYE DUITKU YANG TAK SEMPAT DIBELANJAKAN..! BYE BYE ANAK-CUCUKU YANG COMEL..! BYE BYE SEMUA..!
Selamat tinggal wahai harta..! Selamat tinggal pangkat dan darjat..! Selamat tinggal kepandaian dan segala kemuliaan..! Selamat tinggal kehebatan dan segala kelebihan..!
Maka..! Tamatlah sudah perjuangan aku di dunia ini..! Habislah sudah segala tangungjawab dan kesemua yang diamanahkan oleh Allah swt padaku semasa di dunia..!
ALANGKAH BAIKNYA KALAU AKU SEDAR DIRI SEMENJAK AKU JADI ORANG DEWASA YANG BERFIKIR..!
YA ALLAH..! JADIKANLAH AKU ORANG YANG IKHLAS..!
Yang menemani aku hanyalah amal soleh yang sempat aku perbuat semasa hayat di dunia..! Itupun jika aku lakukan dengan benar-benar ikhlas kerana Allah swt..!
Akan tetapi, sekiranya kebaikan yang aku lakukan tanpa ikhlas, tanpa iman dan akidah yang lurus, KESEMUANYA AKAN JADI SIA-SIA..!
DAN..! Esok akan bermula kehidupan aku di alam barzakh..! Ia satu kehidupan yang sangat panjang..!
Aku akan menerima habuan atas perkara yang aku usahakan di dunia ini..! Aku dah tau, alam barzakh adalah pintu ke Akhirat..!
SUDAHKAH AKU BENAR-BENAR BERSEDIA UNTUK KE ALAM BARZAKH..? BELUM! AKU BELUM BERSEDIA BRO..! BETUL! AKU TAK CAKAP MAIN-MAIN..!
Kerana aku tau tiada siapapun yang berani mengatakan dengan yakin, bahawa esok dia masih lagi berpeluang untuk hidup..!
MAKA ITU..! Aku menyentap diri aku dan kawan-kawanku yang lain..! Marilah kita gunakan kesempatan waktu yang masih berbaki ini untuk melakukan kebaikan semaksima mungkin..!
Kita ajak-mengajak sesama makhluk dengan benar-benar ikhlas..! Agar kita tidak menyesal sebelum dijemput pulang ke kampung halaman kita di Akhirat, tempat kediaman yang kekal abadi selama-lamanya..!
KUMPULKAN PERKARA YANG KITA PERLU BAWA..! IA MEMBANTU KITA DI AKHIRAT..!
JANGAN SIBUK DENGAN PERKARA YANG BAKAL DITINGGALKAN KERANA IA AKAN MENYUSAHKAN HISAB KITA DI SANA..!
I N G A T L A H
M A S A I T U M O D A L K I T A
I A S A N G A T L A H T E R H A D
Labels:
Mobile App,
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment